Baca Artikel Ni Kalau Anda Nak Beli Rumah Townhouse!

Apakah itu Kediaman Townhouse?

Kediaman townhouse atau rumah bandar adalah sejenis rumah yang terlihat seperti rumah teres. Namun begitu, jika lihat dengan teliti, kediaman ini mempunyai dua tingkat (atas dan bawah) dan juga dua pemilik berbeza (satu pemilik di tingkat atas dan satu pemilik di tingkat bawah). Akses bagi tingkat atas dan bawah adalah berbeza (rujuk gambar di bawah).

Untuk pemilik bagi tingkat bawah, mereka boleh masuk melalui pintu rumah yang sedia ada. Untuk pemilik tingkat atas pula, ada akses tangga yang disediakan untuk ke rumah tingkat atas. Balkoni juga disediakan bagi kediaman ditingkat atas. Sesetengah townhouse yang mewah dilengkapi dengan lif bagi tingkat atas. Tangga/lif ini perlu ada bagi menjaga privasi setiap pemilik rumah. Rujuk gambar di bawah untuk penerangan yang lebih jelas.


Parking Kereta

parking kediaman townhouse

Parking kereta juga disediakan untuk kediaman townhouse. Kebiasannya, susun atur parking untuk kediaman jenis ini adalah sama seperti rumah teres. Namun begitu, ada juga kediaman yang datang dengan susun atur parking depan belakang atau tandem parking. Rujuk gambar di bawah untuk penerangan yang lebih jelas.

 

kediaman townhouse

Berdasarkan gambar di atas, nombor 1 adalah parking dan juga pintu masuk untuk pemilik kediaman di tingkat bawah. Nombor 2 pula adalah pintu masuk ke tangga untuk pemilik kediaman di tingkat atas. Nombor 2(a) pula adalah balkoni untuk kediaman tingkat atas yang masuk melalui pintu masuk di nombor 2.


Title atau Hakmilik Tanah

Title atau hakmilik tanah untuk kediaman townhouse adalah strata title. Ini bermaksud anda tidak boleh buat renovasi secara suka-suka jika ianya melibatkan harta bersama. Dapatkan nasihat dari pemaju terlebih dahulu sebelum anda buat sebarang renovasi. Untuk info lebih lanjut tentang hartanah strata anda boleh rujuk artikel ini: Apakah itu Skim Pengurusan Strata.

 

Harga

harga kediaman townhouse

Harga untuk kediaman townhouse lebih murah jika dibandingkan dengan rumah teres. Ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang inginkan rumah atas tanah @ landed pada harga yang lebih murah.

 

Sekuriti

Kebiasannya, kediaman townhouse berada dalam kawasan berpagar dan dikawal oleh sekuriti 24 jam. Ada sesetengah kawasan mempunyai sekuriti dengan kad akses. Pelawat perlu mendaftar terlebih dahulu di pos pengawal sebelum masuk ke dalam kediaman.


Kat Mana Nak Beli Townhouse di Kuala Lumpur?

Ada banyak development townhouse di Kuala Lumpur sama ada yang telah siap (subsale) atau pun yang sedang dibina (undercon). Berikut adalah senarai development hartanah jenis ini di Kuala Lumpur;

  • Villa Laman Tasik
  • Taragon Puteri Batu 9
  • Desa Damai Townhouse
  • Sommerset Close @ Suria Permaisuri
  • Taman Bukit Cheras Townhouse

Mengenai Penulis

Aidilfitri adalah ejen hartanah berdaftar di CBD Properties Sdn Bhd. Beliau aktif dalam urusan jual / beli / sewa hartanah di Kuala Lumpur. Sekiranya tuan / puan ingin membeli /menyewa atau menjual hartanah, tuan / puan boleh menghubungi beliau melalui telefon atau Whatsapp di 011 1234 2044.

Cari Artikel / Search Article

Nak Semak Kelayakan Loan Rumah Anda? Klik Gambar Ni Sekarang!

Nak Semak Market Value Rumah Anda? Klik Gambar Ni Sekarang!