Prosedur Beli Rumah Dengan Ejen Hartanah

Membeli rumah dengan ejen hartanah adalah pilihan bijak sekiranya anda kurang arif tentang selok-belok dalam membeli rumah atau anda baru pertama kali nak beli rumah. Namun pastikan anda menggunakan khidmat ejen hartanah berdaftar. Untuk kenalpasti ejen hartanah berdaftar, anda boleh rujuk artikel ini: Panduan Kenalpasti Ejen Hartanah Berdaftar. Dalam artikel ini, saya akan terangkan beberapa prosedur beli rumah dengan ejen hartanah yang wajib anda ikut sekiranya anda menggunakan khidmat ejen hartanah.


Prosedur Beli Rumah Dengan Ejen Hartanah 1: Viewing

prosedur beli rumah

  1. Pembeli perlu melawat dahulu hartanah yang akan dibeli.
  2. Pastikan hartanah dalam keadaan baik, tiada kebocoran dan kerosakan-kerosakan lain.
  3. Sekiranya ada kerosakan ‘minor’ atau ‘major’, pastikan penjual membaiki semua kerosakan sebelum penyerahan milikan hartanah tersebut.
  4. Sekiranya penjual tidak ingin membaiki kerosakan yang ada, pembeli perlu bertegas dengan penjual supaya menurunkan harga jualan supaya duit lebihan dapat digunakan untuk membaiki segala kerosakan yang ada.



Prosedur Beli Rumah Dengan Ejen Hartanah 2: Tandatangan Booking Form/OTP

prosedur beli rumah

  1. Sekiranya pembeli berminat dengan hartanah tersebut, pembeli perlu mengisi dan menandatangani borang offer to purchase (OTP).
  2. Kemudian, pembeli perlu membuat bayaran earnest deposit iaitu sebanyak 3.18% kepada agensi dan bukan kepada akaun persendirian agen!
  3. Dalam borang offer to purchase (otp) pembeli wajib bertegas dengan agen untuk memasukkan syarat bahawa wang “earnest deposit” pembeli perlu dikembalikan jika permohonan pinjaman pembiayaan hartanah pembeli tidak lulus.
  4. Pembeli juga wajib bertegas dengan agen untuk memasukkan syarat penjual akan membaiki semua kerosakan sebelum penyerahan milikan hartanah tersebut.



Prosedur Beli Rumah Dengan Ejen Hartanah 3: Mohon Pembiayaan Bank

  1. Dalam borang OTP ada dinyatakan pembeli dan penjual perlu untuk memasuki perjanjian jual beli dalam masa 21 hari bekerja dari tarikh surat tawaran membeli tersebut ditandatangani, jika tidak wang “earnest deposit” pembeli akan dikira hangus.
  2. Oleh itu, pembeli wajib bertegas dengan agen untuk memohon pembiayaan bank bagi pembelian hartanah tersebut dan keputusan permohonan beserta surat mesti keluar dalam masa 21 hari bekerja dari tarikh otp ditandatangan.
  3. Setelah pembeli membuat bayaran earnest deposit, borang offer to purchase yang lengkap (yang telah ditandatangani oleh penjual dan pembeli) akan digunakan untuk permohonan pembiayaan bagi hartanah yang bakal dibeli.

 

Prosedur Beli Rumah Dengan Ejen Hartanah 4: Penyediaan Perjanjian S&P/SPA

prosedur beli rumah

  1. Setelah permohonan pinjaman anda diluluskan, pembeli perlu melantik seorang peguam untuk menyediakan dokumen perjanjian jual beli (S&P/SPA)
  2. Pembeli boleh menggunakan peguam sendiri atau peguam yang disyorkan oleh agen hartanah.
  3. Sila kemukakan dokumen yang diperlukan untuk penyediaan perjanjian jual beli (S&P/SPA) iaitu:
    1. Alamat hartanah yang ingin dibeli;
    2. Harga jualan hartanah
    3. Salinan geran hartanah
    4. Salinan perjanjian jual beli antara penjual dengan pemilik hartanah terdahulu
    5. Pembeli juga perlu membayar yuran guaman dan kadar guaman ini telah ditetapkan oleh Majlis Peguam Malaysia.



Prosedur Beli Rumah Dengan Ejen Hartanah 5: Tandatangan S&P

  1. Setelah S&P telah siap disediakan oleh peguam yang dilantik, penjual dan pembeli akan menandatangani S&P/SPA ini.
  2. Pembeli perlu membayar baki 6.82% sebagai baki wang deposit 10% kepada penjual.
  3. Baki 6.82% boleh dibayar melalui pengeluaran KWSP akaun 2.
  4. Kebiasaannya, proses pengeluaran wang dari KWSP akaun 2 mengambil masa 5 ke 14 hari bekerja.
  5. Baki 90% harga jualan hartanah pula perlu dibayar dalam masa 90 hari dari tarikh S&P/SPA.
  6. Pembeli juga diberi tempoh lanjutan selama 30 hari selepas tamat tempoh 90 hari yang dinyatakan di atas untuk menyelesaikan keseluruhan baki harga jualan kepada penjual.
  7. Sepanjang tempoh lanjutan tersebut, pembeli akan dikenakan kadar faedah 8% setahun dan dikira pada kadar harian terhadap baki harga jualan yang belum dibayar kepada penjual.

 

Prosedur 6: Follow-Up

  1. Pembeli dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti perkembangan peguam dalam proses kerja S&P/SPA dan pastikan supaya keseluruhan harga jualan dapat dijelaskan kepada penjual dalam tempoh yang ditetapkan.
  2. Sekiranya tidak dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan, penjual berhak untuk menamatkan perjanjian jual beli dan wang deposit 10% pembeli dikira hangus.
  3. Pastikan tiada kelewatan dari peguam S&P/SPA dan pinjaman bank pembiaya atau pembeli sendiri yang boleh menjejaskan kelancaran proses kerja S&P.



Prosedur Terakhir: Penyerahan Kunci

prosedur beli rumah

  1. Sebelum proses penyerahan kunci, peguam akan memastikan bahawa hartanah yang dibeli tidak mempunyai tunggakan bil seperti;
    • Cukai pintu
    • Cukai  tanah
    • Air
    • Elektrik
    • Indah Water
    • Caj penyelenggaraan dan sebagainya
  2. Peguam juga akan menyerahkan baki harga jualan 90% kepada penjual dan penjual perlu menyerahkan kunci hartanah pada peguam.
  3. Peguam pula akan menyerahkan kunci hartanah kepada pembeli.

Mengenai Penulis

Aidilfitri adalah ejen hartanah berdaftar di CBD Properties Sdn Bhd. Beliau aktif dalam urusan jual / beli / sewa hartanah di Kuala Lumpur. Sekiranya tuan / puan ingin membeli /menyewa atau menjual hartanah, tuan / puan boleh menghubungi beliau melalui telefon atau Whatsapp di 011 1234 2044.

Cari Artikel / Search Article

Nak Semak Kelayakan Loan Rumah Anda? Klik Gambar Ni Sekarang!

Nak Semak Market Value Rumah Anda? Klik Gambar Ni Sekarang!