Teknik ASB Financing: Kumpul RM 37,000 Dalam 5 Tahun

Teknik ASB Financing ini sesuai untuk mereka yang inginkan pelaburan ASB Financing maksimum sebanyak RM 200,000. Namun mereka tiada simpanan yang cukup untuk membayar ansuran pada tahun pertama dan ingin bayar ansuran bulanan pada kadar yang rendah.

Perlu diingatkan bahawa teknik ini ada melibatkan penggunaan wang pinjaman peribadi. Oleh itu sebelum anda membuat keputusan menggunakan teknik ini, pastikan kadar faedah yang dikenakan ke atas pinjaman peribadi anda adalah rendah. Teknik ini sesuai diamalkan oleh penjawat awam kerana kadar faedah pinjaman peribadi yang ditawarkan amat rendah berbanding penjawat swasta. Jom ikuti teknik


Langkah 1: Mohon Pinjaman Peribadi

Sebagai contoh, Aidil merupakan seorang pekerja bergaji RM 5000 sebulan. Beliau ingin membuat ASB Financing sebanyak RM 200,000 dan menggunakan teknik ASB Financing ini.

Namun beliau tidak mempunyai simpanan tunai yang cukup untuk membayar dividen pada tahun pertama. Oleh itu, Aidil membuat pinjaman peribadi sebanyak RM 16,000 dengan kadar faedah 4% setahun untuk tempoh 5 tahun. Ansuran bulanan yang perlu dibayar adalah sebanyak RM 294.66 (rujuk gambar di bawah).

teknik asb financing


Langkah 2: Apply ASB Financing

Kemudian, Aidil membuat ASB Financing sebanyak RM 200,000 dengan kadar faedah 5.3% setahun untuk tempoh 30 tahun. Ansuran bulanan yang perlu dibayar adalah sebanyak RM 1,110.61. Jumlah ansuran bulanan untuk tempoh tahun pertama adalah sebanyak RM 13,327.32.

Aidil menggunakan wang pinjaman peribadi tadi untuk membayar ansuran bulanan ASB Financing pada tahun pertama dan baki wang yang tinggal adalah sebanyak RM 16,000 – RM 14,452.80 = RM 1547.20 (Ini adalah rahsia utama teknik ASB Financing ini).

Ansuran ASB Financing pada tahun kedua dibayar oleh dividen ASB Financing pada tahun pertama. Berikut adalah jadual pulangan ASB Financing Encik Aidil.

teknik asb financing

Pada tahun ke-5, Aidil surrender sijil ASB Financing dan baki sijil ASB Financing beliau adalah sebanyak RM 219,094. Baki hutang ASB Financing beliau dengan bank pula adalah sebanyak RM 184,425.

Keuntungan yang telah beliau peroleh adalah sebanyak; RM 219,094 – RM 184,425 = RM 34,669. Dengan hanya RM 294.66 sebulan dan jumlah bayaran sebanyak RM 17,679.60, Encik Aidil memperoleh keuntungan sebanyak RM 37,653. Menarik bukan Teknik ASB Financing ni?


Mengenai Penulis

Aidilfitri adalah ejen hartanah berdaftar di CBD Properties Sdn Bhd. Beliau aktif dalam urusan jual / beli / sewa hartanah di Kuala Lumpur. Sekiranya tuan / puan ingin membeli /menyewa atau menjual hartanah, tuan / puan boleh menghubungi beliau melalui telefon atau Whatsapp di 011 1234 2044.

Cari Artikel / Search Article

Nak Semak Kelayakan Loan Rumah Anda? Klik Gambar Ni Sekarang!

Nak Semak Market Value Rumah Anda? Klik Gambar Ni Sekarang!