Senarai Rumah Lelong: Kat Mana Boleh Jumpa?

Selamat datang ke artikel 3 mengenai cara mendapatkan senarai rumah lelong. Artikel ini adalah sambungan dari artikel Beli Rumah Lelong: Cash atau Hutang?




BAGAIMANA MENDAPATKAN SENARAI RUMAH LELONG

Senarai Rumah Lelong

“Kau buat apa tu?”

“tengah mencari senarai rumah lelong bro.”

“wahhh..semangat nampaknya…jangan tersalah pula, takut dikenakan caj yang tidak sepatutnya nanti”

“eh?? Betul ke bro? Kenapa pula?”

Mengapa jika tersalah, akan dikenakan caj yang tidak sepatutnya pula? Untuk mencari senarai rumah yang dilelong ini mudah sahaja.  Pertamanya senarai lelong boleh didapati dengan mendapatkannya di:

  • Mahkamah
  • Pelelong Hartanah Berlesen
  • Bank
  • Pejabat Tanah
  • Surat khabar
  • Laman web atau blog
  • Ejen ejen yang berdaftar

Senarai Rumah Lelong

Saya ingin mengingatkan anda untuk berhati hati dengan para ejen yang tidak berdaftar.  Anda mungkin akan dikenakan caj yang di luar jangkaan anda jika anda ingin mendapatkan senarai rumah lelong yang anda ingini.

Jika anda merasa ragu, saya sarankan anda untuk terus berhubung dengan pelelong berdaftar atau bank yang anda ketahui ada melakukan lelongan.  Pelelong berdaftar adalah jalan yang lebih baik, kerana mereka ini lah yang anda boleh jadikan sebagai tempat untuk anda membuat rujukan dan semakan sebelum lelongan atau pada masa hari lelongan untuk hartanah yang anda ingin miliki.



Kini senarai rumah lelong yang akan dilelong telah berada di tangan anda.  Apakah yang perlu anda lakukan. Perhatikan senarai lelong yang dikeluarkan oleh pelelong, mahkamah, bank atau pejabat tanah.  Di situ anda akan melihat pelbagai jenis rumah, harga dan lokasi untuk anda pilih.

Pilih dua atau tiga dari senarai rumah tersebut yang menepati cita rasa dan kemahuan anda.  Perhatikan kembali dari segi kemampuan kewangan yang telah kita perhalusi tadi. Di antara senarai yang ada, yang manakah bersesuaian dengan bajet yang telah anda sediakan.  Semak lokasi di dalam senarai dan dapatkan peta laluan ke lokasi tersebut. Sekiranya rumah lelong tersebut menepati semua kriteria yang telah saya sebutkan tadi, buat persediaan untuk masuk ke acara lelong.



Bersambung di Checklist Rumah Lelong: Apa Perlu Semak Sebelum Beli?

Mengenai Penulis

Aidilfitri adalah ejen hartanah berdaftar di CBD Properties Sdn Bhd. Beliau aktif dalam urusan jual / beli / sewa hartanah di Kuala Lumpur. Sekiranya tuan / puan ingin membeli /menyewa atau menjual hartanah, tuan / puan boleh menghubungi beliau melalui telefon atau Whatsapp di 011 1234 2044.

Cari Artikel / Search Article

Nak Semak Kelayakan Loan Rumah Anda? Klik Gambar Ni Sekarang!

Nak Semak Market Value Rumah Anda? Klik Gambar Ni Sekarang!