Senarai Penyakit Kritikal

Penyakit kritikal adalah penyakit berbahaya yang mengakibatkan anda hilang upaya untuk bekerja / menjana pendapatan. Secara amnya, penyakit kritkal yang diberikan perlindungan oleh syarikat takaful adalah penyakit kritikal tahap akhir.

Berikut adalah senarai penyakit yang diberikan perlindungan oleh Syarikat Takaful AIA Public Berhad;


Strok/Angin Ahmar

  • Ditakrifkan sebagai kemalangan atau kejadian serebrovaskular yang menyebabkan sekuela neurologi yang kekal, telah berterusan selama tidak kurang dari enam bulan. Infarksi tisu otak, hemorrhage dan suatu embolus yang berpunca dari ekstrakranial adalah termasuk. Diagnosis mesti berdasarkan perubahan yang dilihat didalam CT Scan atau MRI dan disahkan oleh seorang Pakar Neurologi Perunding bertauliah.

 

Kanser

Manifestasi tumor malignan, yang dicirikan melalui pertumbuhan dan perebakan sel malignan yang tidak terkawal dan invasi tisu. Istilah kanser termasuklah leukemia (selain leukemia limfositik kronik) dan penyakit Hodgkin. Diagnosis hendaklah disokong oleh bukti histologi bagi malignansi. Semua kanser kulit kecuali melanoma malignan, semua tumor yang diterangkan secara histologi sebagai pramalignan atau hanya menunjukkan perubahan malignan awal, kanser-in-situ, penyakit Hodgkin peringkat 1 dan kanser papilari pada pundi kencing dikecualikan.

 

Serangan Jantung

Kematian sebahagian daripada otot jantung (miokerdium) akibat daripada bekalan darah yang tidak mencukupi dan yang dibuktikan oleh: sejarah sakit dada tipikal yang berpanjangan; dan perubahan baru elektrokardiogeraf disebabkan oleh peristiwa ini; dan kenaikan paras enzim kardiak (CPK-MB) di atas paras yang secara amnya diterima oleh makmal sebagai tahap normal. Enzim kardiak atau biomarkers yang menunjukkan kenaikan signifikan menunjukkan peristiwa terbaru telah berlaku.

Diagnosis berdasarkan ujian Troponim T sahaja tidak diambil kira sebagai diagnostik serangan jantung. Diagnosis ischaemia dengan cara lain yang tidak disokong oleh kenaikan signifikan dalam enzim kardiak atau biomarkers akan terkecuali. Angina secara khusus tidak termasuk.

 

Kegagalan Hati Tahap Akhir

Diagnosis penyakti hati peringkat akhir seperti yang dibuktikan oleh semua yang berikut :

  • Demam kuning yang kekal
  • Asites
  • Ensefalopati

Penyakit hati sekunder yang disebabkan oleh alkohol atau salah guna dadah dikecualikan.

 

Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir

Kriteria berikut mestilah dipatuhi :

  • Memerlukan terapi oksigen kekal akibat hasil ujian FEV 1 yang tidak melebihi satu (1) liter. (“Forced Expiratory Volume” semasa saat pertama hembusan nafas secara paksaan); dan
  • Analisis Gas Darah Arterial dengan tekanan oksigen separa sebanyak 55mmHg atau kurang; dan
  • Dsypnoea semasa berehat.

 

Kegagalan Buah Pinggang Tahap Akhir

Peringkat akhir kegagalan buah pinggang disebabkan oleh walau apa jua sebab, ditunjukkan sebagai kegagalan tak berbalik kronik bagi kedua-dua buah pinggang untuk berfungsi, dan akibat daripada itu dialisis ginjal secara tetap digunakan atau pemindahan buah pinggang dijalankan.

 

Hipertensi Arteri Pulmonari Primer

Bermakna hipertensi pulmonari primer dengan pembesaran yang banyak ventrikular kanan seperti yang ditentukan oleh penyiasatan termasuk katerterisasi kardiak, mengakibatkan kecacatan fizikal kekal tidak boleh pulih sehingga tahap sekurang- kurangnya Kelas 3 Klasifikasi Persatuan Jantung New York berkenaan kecacatan kardiak, dan mengakibatkan Hayat yang Diasuranskan tidak dapat menjalankan pekerjaannya dengan biasa.

 

Pembedahan Pintasan Arteri Koronari

Dengan syor Pakar Perunding Kardiologi, menjalani pembedahan jantung terbuka bagi membetulkan arteri koronari yang mengecil atau tersumbat dengan graf pintasan. Bukti angiografi bagi penyakit sebenar hendaklah diberikan. Angiografi dan Pengkateteran Kardium dikecualikan.

 

Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari Utama

Prosedur yang  digunakan untuk membuka saluran darah atau arteri jantung yang sempit atau tersumbat. Prosedur ini memulihkan aliran darah ke otot jantung.

 

Penyakit Arteri Koronari Serius

Pengecilan lumen bagi sekurang-kurangnya tiga arteri koronari dengan minimum tujuh puluh lima peratus (75%). Bukti angiografi bagi penyakit sebenar hendaklah diberikan.

 

Pembedahan Injap Jantung

Menjalani penggantian satu injap jantung atau lebih bagi rawatan penyakit injap jantung. Menjalani pembedahan jantung terbuka menggantikan atau memperbaiki injap jantung yang di akibatkan oleh kecacatan atau keadaan tidak normal injap jantung yang berlaku selepas tarikh pengeluaran atau tarikh dikuatkuasakan semula Polisi dan / atau Aneksur, yang mana terkemudian.

Pembaikan melalui prosedur intra-arterial, valvotomi, pembedahan lubang kunci atau teknik serupanya tidak termasuk. Pembaikan injap jantung dan valvatomi dikecualikan secara khusus.

Hepatitis Viral Fulminan

Diagnosis kegagalan hati yang dicirikan melalui nekrosis hati yang teruk yang disebabkan oleh virus Hepatitis Fulminan. Kriteria diagnostik berikut hendaklah dipenuhi:

  • Pengecilan saiz hati secara mendadak;
  • Nekrosis yang melibatkan keseluruhan lobul dan meninggalkan hanya rangka kerja yang merosot;
  • Fungsi hati yang merosot secara mendadak; dan
  • Demam kuning yang semakin teruk.

Walau bagaimanapun, diagnosis penyakit ini dikecualikan jika diagnosis tersebut disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh cubaan membunuh diri, keracunan, dadah melebihi dos dan pengambilan alkohol secara berlebihan.

 

Pembedahan Aorta

Menjalani pembedahan bagi aorta yang berpenyakit yang memerlukan eksisi dan penggantian aorta yang berpenyakit dengan graf. Aorta di sini merujuk aorta toraks dan abdomen sahaja.

 

Anaemia Aplastik Kronik

Kegagalan sumsum tulang yang didiagnosis oleh pakar hematologi sebagai aplastik yang mengakibatkan anemia, neutropenia dan trombositopenia yang memerlukan rawatan dengan salah satu yang berikut :

  • Pemindahan produk darah
  • Agen perangsang sumsum
  • Agen imunosupresif
  • Pemindahan sumsum tulang

 

Transplan Organ Utama/Sumsum Tulang

Menjalani pemindahan, sebagai penerima jantung (termasuk jantung mekanikal), paru-paru, hati, pankreas atau sumsum tulang.

 

Buta – Kekal Dan Tidak Boleh Pulih

Hilang penglihatan secara kekal dan menyeluruh pada kedua-dua belah mata sama ada penglihatannya sudah dibetulkan atau tidak dibetulkan. Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan hilang penglihatan hendaklah diberikan.

 

Hilang Keupayaan Bertutur

Hilang keupayaan bertutur secara menyeluruh dan tak berbalik disebabkan oleh kerosakan fizikal pada pita suara. Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan hilang pertuturan hendaklah diberikan.

 

Koma

Keadaan tidak sedarkan diri tanpa tindak balas terhadap rangsangan luar atau keperluan dalaman yang berlaku secara berterusan, dengan penggunaan sistem sokongan hayat bagi tempoh selama sekurang-kurangnya sembilan puluh enam (96) jam dan mengakibatkan defisit neurologi kekal. Bukti defisit neurologi kekal hendaklah diserahkan mengikut kehendak Pihak underwriter AIA.

 

Pekak – Kekal Dan Tidak Boleh Pulih

Hilang pendengaran secara menyeluruh dan tak berbalik pada kedua-dua belah telinga. Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan hilang pendengaran hendaklah diberikan.

 

Kelecuran Tahap Ketiga

Luka terbakar Darjah Ketiga meliputi sekurang-kurangnya dua puluh peratus (20%) bahagian permukaan tubuh.

 

Sklerosis Multipel

Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Sklerosis Berbilang dan disokong dengan bukti klinikal bagi lebih daripada satu defisit neurologi yang ditentukan dengan jelas, dengan tanda berterusan yang melibatkan saraf optik, pangkal otak dan saraf tunjang serta gangguan koordinasi dan fungsi motor dan penderia, yang berterusan selama sekurang-kurangnya enam bulan.

 

Kelumpuhan Anggota

Hilang secara menyeluruh dan kekal penggunaan kedua- dua anggota tangan atau kaki, atau satu anggota tangan dan satu kaki, kerana lumpuh akibat sakit atau kecederaan berlanjutan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh trauma atau sakit.

 

Distrofi Otot

Diagnosis distrofi otot yang disahkan oleh Pakar Neurologi Perunding yang terdiri daripada kombinasi 3 daripada 4 keadaan yang berikut:

  • Sejarah ahli keluarga lain yang menghidapinya
  • Presentasi klinikal termasuk ketiadaan kekacauan deria, cecair normal serebro-spinal dan pengurangan kecil refleksi tendon
  • Karakteristik elektromiaogram
  • Pengesyakan klinikal disahkan oleh biopsi otot

 

Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk

Keadaan demensia prasenil yang disebabkan oleh kemerosotan atau hilang keupayaan intelek seperti yang dibuktikan oleh keadaan klinikal dan soal selidik piawai yang diterima, ujian atau kelakuan abnormal bagi penyakit Aizheimer, dan gangguan degeneratif organik tak berbalik yang mengakibatkan penurunan mental dan fungsi sosial yang ketara untuk melakukan sendiri tiga daripada aktiviti kehidupan harian yang berikut atau lebih.

Aktiviti kehidupan harian adalah :

  • Bergerak dan Mobiliti : keupayaan untuk bergerak dari satu bilik ke bilik yang bersebelahan atau dari satu tempat ke tempat lain di dalam bilik atau duduk atau bangun dari katil atau kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal orang lain.
  • Kontinens : keupayaan untuk mengawal fungsi pundi kencing dan usus secara terkawal untuk menjaga kebersihan diri.
  • Pakaian : memakai dan menanggalkan semua bahagian pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
  • Tandas : masuk dan keluar dari tandas, duduk dan bangun dari mangkuk tandas dan kebersihan diri yang berkaitan.
  • Makan : melakukan semua pergerakan untuk memakan makanan yang telah disediakan.
  • Bagi tujuan Manfaat ini perkataan “kekal” bermaksud tidak ada harapan untuk sembuh dengan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa. Penyakit neurosis dan psikotik dikecualikan.

 

Penyakit Neuron Motor

Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Penyakit Neuron Motor. Etiologi penyakit tidak diketahui dan ia dicirikan melalui kemerosotan yang progresif pada salur kortikospina dan sel tanduk luar atau neuron eferen bulba. Ini termasuk distrofi otot spina, palsi bulba progresif, sklerosis lateral amiotrofik dan sklerosis lateral primer.

 

Penyakit Parkinson

Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Penyakit Parkinson Idiopatik (agitasi kelumpuhan) yang memerlukan rawatan dengan menggunakan prekursor dopamin. Semua bentuk Parkinsonisma lain dikecualikan.

 

Penyakit Terminal (Membawa Maut)

Penyakit terminal dianggap sebagai pesakit yang tiada harapan untuk pulih dan menanti kematian yang bakal berlaku bila-bila waktu. Kriteria penyakit terminal :

  • Penyakit tidak dapat disembuhkan
  • Kearah kepada kematian
  • Diagnosa perubatan adalah jelas
  • Tidak ada ubat untuk menyembuhkan
  • Prognosis yang negatif
  • Bersifat progresif

 

Ensefalitis

Inflamasi bahan otak yang teruk yang mengakibatkan sekuela neurologi yang ketara dan kekal seperti yang disahkan oleh Pakar Perunding Neurologi yang memuaskan persatuan/syarikat. Ensefalitis akibat jangkitan HIV dikecualikan.

 

Tumor Otak Benign

Tumor bukan kanser pada otak. Sista, granuloma, malformasi dalam, atau pada arteri atau vena otak, hematoma dan tumor pada kelenjar pituitari atau spina dikecualikan.

 

Trauma Kepala Major (Teruk)

Kecederaan kepala akibat kemalangan yang menyebabkan kerosakan serebrum (seperti yang ditunjukkan melalui teknik pengimbasan atau pengimejan moden dan disahkan oleh pakar perunding neurologi) yang mengakibatkan gangguan fungsian kekal dan keupayaan melakukan sekurang-kurangnya tiga daripada aktiviti kehidupan harian berikut tanpa bantuan :

Mandi, memakai pakaian, makan, keupayaan duduk atau bangun dari katil atau kerusi dan mengawal fungsi usus atau pundi kencing secara terkawal, sama ada dengan atau tanpa menggunakan kelengkapan mekanikal, peranti khas atau alat bantu atau alat penyesuai lain bagi orang hilang upaya.

Bagi tujuan Manfaat ini perkataan “kekal” bermaksud tidak ada harapan untuk sembuh dengan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.

 

Meningitis Bakteria

Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Meningitis Bakteria yang menyebabkan inflamasi membran otak atau saraf tunjang yang mengakibatkan defisit neurologi kekal.

 

Penyakit Sistik Medular

Medullary cystic kidney disease (MCKD). Kerosakan renal pada peringkat akhir yang dilihat sebagai kerosakan kronik yang kekal pada kedua-dua belah pinggang yang mengakibatkan ketidakfungsiannya, dimana akibatnya rawatan dialysis renal yang rutin atau pembedahan pemindahan renal diperlukan.

 

Pembedahan Otak

Menjalani pembedahan otak semasa anestesia am apabila kraniotomi dilakukan. Pembedahan otak dan Bur Hole akibat kemalangan tidaklah termasuk.

Secara khusus dikecualikan adalah gejala cerebral akibat serangan iskemia sementara,sebarang defisit iskemia neurologikal boleh undur, sebarang serangan iskemia vertebrobasilar, tanda- tanda cerebral akibat migraine, kecederaan cerebral akibat trauma atau hypoxia dan penyakit vaskular memberi kesan kepada mata atau saraf optik atau fungsi vestibular.

 

Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)

Pengesahan oleh pakar perunding perubatan bagi hilang keupayaan diri yang menyebabkan ketakupayaan kekal untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) daripada aktiviti kehidupan harian berikut:

Mandi, memakai pakaian, makan, keupayaan duduk atau bangun dari katil atau kerusi dan mengawal fungsi usus atau pundi kencing secara terkawal, sama ada dengan atau tanpa menggunakan kelengkapan mekanikal, peranti khas atau alat bantu atau alat penyesuai lain untuk orang hilang upaya.

Bagi tujuan Manfaat ini, perkataan “kekal” bermaksud tidak mempunyai harapan untuk sembuh dengan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.

 

Kardiomiopati

Penyakit yang berhubungan dengan miokardium atau otot jantung di mana terdapat kelainan pada otot jantung secara struktur dan fungsi tanpa adanya penyakit jantung kronik, hipertensi, atau kelainan penyakit berkaitan jantung. Diagnosis tepat oleh pakar perunding kardiologi ke atas kardiomiopati yang menyebabkan gangguan fungsi ventrikel beberapa etiologi dan mengakibatkan gangguan fizikal ke tahap sekurang-kurangnya kelas tiga (III) atau kelas empat (IV) menurut New York Heart Association of Cardiac Impairment.

 

HIV Akibat Transfusi Darah

Tuntutan boleh dibuat sekiranya :

  • Jangkitan berlaku disebabkan oleh pemindahan darah yang diterima di Malaysia atau Singapura selepas permulaan Polisi.
  • Bukan penyakit warisan (Hemofilia).
  • Bukan dari kumpulan berisiko tinggi seperti tetapi homoseksual, pengguna ubat intravena atau pekerja seks.

Pengesahan dan bukti insiden akan diperlukan melalui pernyataan dari Pihak Berkuasa Kesihatan berkanun bahawa jangkitan diperolehi secara medik.

 

AIDS Dengan Gejala Penuh

Penyakit klinikal AIDS (Acquired Immune Deficiency Syndrome) mesti disokong oleh hasil ujian antibodi HIV (Human Immunodeficiency Virus) yang positif dan ujian pengesahan. Selain itu, Orang yang dilindungi mesti mempunyai kiraan sel CD4 kurang dari dua ratus (200)/μL dan satu atau lebih daripada kriteria berikut dipenuhi :

  • Kehilangan berat lebih daripada 10% dalam tempoh enam (6) bulan atau kurang.
  • Kaposi Sarcoma.
  • Pneumocystis Carinii Pneumonia.
  • Multifocal Leukoencephalopathy yang progresif.
  • Tuberkulosis aktif.
  • Kurang daripada satu ribu (1000) Limfosit/μL.
  • Lymphoma kronik.

 

Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) Dijangkiti Melalui Pekerjaan

Jangkitan HIV (hanya untuk Kakitangan Perubatan seperti yang ditakrifkan di bawah), di mana ia diperolehi akibat kemalangan yang berlaku semasa menjalankan tugas dan pekerjaan biasa dengan serokonversi kepada jangkitan HIV yang berlaku dalam tempoh enam (6) bulan dari kemalangan.

Sebarang kemalangan yang menimbulkan tuntutan berpotensi mesti dilaporkan kepada Pihak underwriter AIA dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari kejadian kemalangan yang disokong oleh ujian HIV negatif yang diambil dalam tempoh tujuh (7) hari kemalangan.

“Kakitangan Perubatan” ditakrifkan sebagai doktor (Pakar Perubatan dan Pakar Perubatan Umum), pengamal tradisional, jururawat, paramedik, juruteknik makmal, doktor gigi, jururawat pergigian, pekerja ambulans yang bekerja di pusat perubatan atau hospital atau klinik/poliklinik pergigian di Malaysia. Doktor, pengamal tradisional, jururawat dan doktor gigi perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang Teruk

Didiagnosis Sistemik Lupus Erythematosus yang disahkan oleh pakar rheumatologi. Untuk definisi ini, peristiwa yang dilindungi hanya akan dibayar jika ia mengakibatkan Jenis III ke Jenis V Lupus Nefritis seperti yang ditubuhkan oleh biopsi buah pinggang. Bentuk-bentuk lain seperti lupus discoid atau bentuk-bentuk yang hanya melibatkan pembedahan hematologi atau berkaitan tidak dilindungi.

Klasifikasi Lupus oleh WHO:

  • Jenis III – Focal Segmental glomerulonephritis
  • Jenis IV – Diffuse glomerulonephritis
  • Jenis V – Membranous glomerulonephritis

 

Pengecualian

Tiada perlindungan untuk:

  • Keadaan Sedia Ada sebelum Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula rider, yang mana kemudian; atau
  • Diagnosis Hepatitis Viral Fulminan, Kanser, Ensefatitis, Meningitis Bakteria, Penyakit Alzheimer/Demensia Teruk atau Penyakit Terminal (Membawa Maut) yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit (AIDS), atau jangkitan oleh sebarang Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV); atau
  • Kanser, Serangan Jantung, Pembedahan Pintasan Arteri Koronad, Penyakit Arteri Koronari Serius dan / atau Angioplasti dan Rawatan Invasif Lain untuk Penyakit Arteri Koronari dengan tanda-tanda atau gejala-gejala yang pertama kali berlaku dalam tempoh 60 han selepas Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula rider, yang mana kemudian; atau
  • Penyakit kritikal yang lain dengan tanda-tanda atau gejala-gejala, yang pertama kali berlaku dalam tempoh 3D had selepas Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula rider, yang mana kemudian; atau
  • Penyakit kritikal didiagnosis yang disebabkan, secara langsung atau tidak Langsung, akibat kecacatan kongenital atau penyakit yang ditunjukkan dengan jelas atau didiagnosis sebelum orang diinsuranskan mencapai umur 17 tahun.