Nak Tahu Kos Beli Rumah Yang Sebenar? Baca Artikel Ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram

Pasti semua orang excited nak beli rumah pertama kan. Tapi korang tahu tak bila korang nak beli rumah, korang bukan perlu bayar deposit rumah saja. Ada lagi kos beli rumah lain yang terbabit sepanjang proses pembelian tu. Selain itu, korang kena hadap 30 @ 35 tahun loan dengan bank. Nak tahu apa kos lain yang terlibat masa beli rumah pertama? Jom baca penerangan saya di bawah.

 

Kos beli rumah 1 : 10% utk deposit

Deposit kos beli rumah

  • 3.18% mesti kena ada cash untuk bayaran kepada agen hartanah. INGAT!!!! jangan bayar terus kepada owner @ akaun individu, bayar kepada agensi hartanah/lawyer firm.
  • 6.82% boleh withdraw EPF akaun 2 tu pon kalau owner setuju. Proses di EPF sangat2 efisien dalam masa seminggu duit korang dah boleh keluar dah. Tapi selepas dapat copy korang punya SPA baru boleh apply kat EPF.

 

Kos beli rumah 2 : Lawyer +-3%

SPA kos beli rumah

  • Bayaran guaman untuk perjanjian jual beli (S&P/SPA) perlu diselesaikan masa sign S&P/SPA once loan rumah korang dah lulus. Kos terlibat normally lawyer fee, disbursement & segala jenis mak nenek kos peguam. Jangan sign SPA selagi loan tak lulus.
  • Kos perjanjian pinjaman korang jangan risau boleh adjust masuk dalam loan. Tapi kena bagitahu kat banker siap-siap lah.

 

Kos beli rumah 3 : Valuation 1%

valuation kos beli rumah

  • Korang jangan pelik bila loan lulus, ada orang call korang untuk nilaikan rumah korang nak beli tu untuk tahu nilai pasarannya berapa. Korang kena sediakan lebih kurang 1% je dari harga rumah tapi sebenarnya tak sampai pun.

 

Kos Terakhir : Insurans / takaful

insuran kos beli rumah

  • Takaful untuk rumah ada 2 jenis. Korang kena baca apa beza MRTT vs MLTT. Kalau nak senang, korang ambil MRTT je takyah pikir nak bayar bulan-bulan untuk takaful. Kat sini korang dh boleh jimat kos bulanan bila dah beli rumah.
  • TIPS untuk korang, Ambil MRTT Maximum Coverage and Maximum Loan Tenure (Ada sebabnya kenapa perlu ambil max cover). Yang penting korang kena ada takaful untuk perlindungan in case jadi apa-apa kat korang in future. Takda la waris korang terbeban nak bayar hutang nanti.

Kesimpulannya, total kena ada 15% dari harga rumah yang korang nak beli. So korang jangan mimpi kalau nak beli rumah impian ke idaman ke kalau takda modal 15%. Ingat tu ya.

P/s : Kos di atas hanya untuk rumah subsale.Kalau korang nak jimat kos sebenarnya ada cara. Korang kena tahu tips and tricks property investment.

Mengenai Penulis

Aidilfitri adalah ejen hartanah berdaftar di CBD Properties Sdn Bhd. Beliau aktif dalam urusan jual / beli / sewa hartanah di Kuala Lumpur. Sekiranya tuan / puan ingin membeli /menyewa atau menjual hartanah, tuan / puan boleh menghubungi beliau melalui telefon atau Whatsapp di 011 1234 2044.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat
Whatsapp Me!