Kepentingan Pengurusan Kewangan Dalam Pelaburan Hartanah

Dalam dunia moden hari ni, ramai yang menganggap pengurusan kewangan adalah tidak penting dalam pelaburan hartanah. Ramai beranggapan, selagi gaji mereka layak untuk membuat pembiayaan rumah, mereka akan terus membeli rumah tersebut tanpa membuat kira-kira tentang risiko yang bakal mereka hadapi akan datang. Ramai juga beranggapan apabila mereka sudah beli hartanah, hartanah tersebut boleh terus disewakan dan mereka terus akan merasa keuntungan atas pembelian hartanah tersebut.


Penting ke Pengurusan Kewangan Dalam Pelaburan Hartanah?

Pelaburan hartanah tidaklah semudah seperti yang disangka. Hal ini kerana apabila anda melabur dalam hartanah, tidak semestinya anda akan terus mendapat aliran tunai positif apabila anda menyewakan hartanah. Sesetengah hartanah mengambil masa beberapa tahun untuk matang dan memberikan aliran tunai positif. Oleh itu, pastikan anda merancang pengurusan kewangan anda sebelum melabur dalam pelaburan hartanah.

Selain itu, anda juga disarankan buat kira-kira tentang komitmen kewangan anda. Sebagai contoh, anda boleh lihat kira-kira seorang pelabur hartanah di bawah.

 

Contoh Pengurusan Kewangan Terbaik Bagi Pelabur Hartanah




Profile Pelabur Hartanah

  • Nama: Aidilfitri
  • Pekerjaan: Jurutera Penyelenggaraan Kapal Terbang

Maklumat Pendapatan

  • Pendapatan Bersih (Selepas Ditolak KWSP & SOCSO):  RM 4,500

Komitmen Bulanan

  • Hutang Kereta: RM 600/Bulan
  • Kredit Kad: RM 300/Bulan
  • Hutang Pinjaman Peribadi: RM200/Bulan
  • Jumlah Hutang Kasar: RM 1,100/Bulan
  • Jumlah Pendapatan Bersih: RM 3,400/Bulan

Berdasarkan kira-kira di atas, Aidil layak untuk membuat pembiayaan rumah sehingga RM 410,000. Namun begitu, Aidil akan mempunyai masalah dari segi pengurusan kewangan kelak sekiranya beliau menghabiskan sebahagian besar lebihan gaji beliau pada sebuah hartanah.

pengurusan kewangan

Aidil boleh memulakan pelaburan hartanah dengan membeli sebuah apartment 3 bilik 2 bilik air berharga RM 250,000 dengan komitmen RM 1250 sebulan. Setelah ditolak bayaran bulanan pembiayaan rumah, beliau masih mempunyai lebihan gaji RM 2150 sebulan dan duit ini boleh digunakan untuk perbelanjaan harian, kad medikal dan lain-lain.


Strategi Menggandakan Sewaan Hartanah

pengurusan kewangan

Selain itu,  untuk menggadakan keuntungan sewaan hartanah beliau, Aidil boleh menggunakan strategi menaikkan bilangan bilik dengan memasang dua ‘partition’ tambahan dalam apartment tersebut. Hasilnya, apartment tersebut mempunyai 5 bilik berbanding 3 bilik sebelum ini. Pendapatan sewa juga turut meningkat. Lihat kira-kira aliran sewa di bawah;

Pendapatan Sewa Mengikut Bilik

  • Master: RM 500
  • Medium: RM 350
  • Small: RM 250
  • Partition 1: RM 200
  • Partition 2: RM 200
  • Jumlah Pendapatan Sewa: RM 1500
  • Pendapatan Sewa Bersih: RM 1500 – RM 1000 = RM 500

Dari kiraan di atas, Aidil mendapat keuntungan sewaan bersih sebanyak RM 500 sebulan. Ini juga bermaksud pendapatan Aidil meningkat sebanyak RM 500 dan kapasiti pembiayaan rumah beliau juga meningkat. Hasilnya, beliau boleh memohon pembiayaan bank untuk hartanah kedua. Nampak tak betapa pentingnya pengurusan kewangan dalam pelaburan hartanah.

Mengenai Penulis

Aidilfitri adalah ejen hartanah berdaftar di CBD Properties Sdn Bhd. Beliau aktif dalam urusan jual / beli / sewa hartanah di Kuala Lumpur. Sekiranya tuan / puan ingin membeli /menyewa atau menjual hartanah, tuan / puan boleh menghubungi beliau melalui telefon atau Whatsapp di 011 1234 2044.

Cari Artikel / Search Article

Nak Semak Kelayakan Loan Rumah Anda? Klik Gambar Ni Sekarang!

Nak Semak Market Value Rumah Anda? Klik Gambar Ni Sekarang!