ASB Financing: Pengenalan & Strategi Pelaburan Terbaik

Apa Itu ASB Financing (ASBF)?

ASB Financing adalah sebuah fasiliti pinjaman pelaburan ASB yang disediakan untuk kaum bumiputera sahaja. Apabila anda menggunakan fasiliti ASB Financing, anda telah membuat pinjaman wang daripada ejen bank ASB terpilih. Kemudian, wang pinjaman tersebut digunakan untuk membeli sijil pelaburan ASBF. Tiada istilah di mana anda guna fasiliti ASBF dan anda dapat sejumlah wang hasil dari ASB Financing. Had maksimum ASB Financing adalah sebanyak RM 200,000.

Syarat Dan Dokumen Yang Diperlukan Untuk Memohon ASB Financing / ASB Loan

    1. Melayu / Bumiputera 18 tahun keatas sahaja
    2. Berpendapatan tetap dan mempunyai slip gaji minimum 3 bulan. Sekiranya berniaga, penyata syarikat perlu dinyatakan dalam tempoh minimum 6 bulan.
    3. Penyata KWSP 2017 terkini.
    4. Rekod CCRIS yang bersih. Sekiranya anda mempunyai rekod CCRIS yang teruk, bersihkan rekod tersebut dalam masa 6 bulan. 
    5. Debt service ration tidak melebihi 60% untuk individu bergaji di bawah RM 3000 dan 85% untuk individu bergaji RM 3000 ke atas.
    6. Bagi yang tidak bekerja tetapi ada pendapatan tiap bulan, boleh jadikan ahli keluarga yang berpendapatan tetap sebagai pemohon bersama.
    7. Salinan kad pengenalan
    8. Penyata akaun ASB yang terkini

Teknik Pelaburan ASB Financing oleh ASB Genius (dihasilkan oleh Tuan Khairul Ezuwan Yusoff)

Teknik pelaburan ini diperkenalkan oleh Tuan Khairul Ezuwan Yusof dalam ebooknya iaitu ASB Genius. Terdapat 2 teknik yang beliau perkenalkan dalam ebook beliau.

Teknik 1: Teknik Compounding

Teknik ini sesuai untuk pelabur yang komited membayar ansuran bulanan ASB Financing. Ianya juga sesuai untuk mereka yang ingin mempunyai sebuah tabung simpanan dan pelaburan bulanan. Sebagai contoh, Aidil adalah seorang individu bergaji RM 5000 dan beliau layak untuk membuat ASB Financing sebanyak RM 200,000. Kadar keuntungan bank sebanyak 5.3% setahun untuk tempoh 30 tahun. Ansuran bulanan yang perlu dibayar adalah sebanyak RM 1,110.61 (rujuk gambar di bawah). Purata dividen ASB dianggarkan sebanyak 7% setahun.

Aidil komited membayar sebanyak RM 1,110.61 kepada bank setiap bulan. Beliau tidak pernah mengeluarkan dividen ASB beliau. Beliau komited membayar ansuran untuk 5 tahun.

Berikut adalah kiraan dividen terkumpul beliau:

Selepas 5 tahun, pelaburan ASB Financing dan dividen terkumpul beliau adalah sebanyak RM 280,510. Selepas 5 tahun juga, Aidil membatalkan sijil pelaburan beliau dan baki hutang beliau dengan bank tinggal sebanyak RM 184,425 (rujuk gambar di atas).

Keuntungan Aidil pada tahun ke-5 adalah sebanyak; RM 280,510 – RM 184,425 = RM 96,805

Kesimpulannya, dengan modal bayaran ansuran sebanyak RM 1,110.61 untuk 5 tahun, Aidil telah membayar sejumlah RM 66,636.6 (RM 1,110.61 x 12 bulan x 5 tahun). Namun, pada tahun ke-5 beliau juga telah mendapat keuntungan sebanyak RM 96,805. Menarik bukan?

Teknik 2: Teknik Rolling Dividen 

Teknik ini mengubah simpanan anda yang kecil kepada suatu pelaburan yang besar tanpa mengeluarkan komitmen bulanan pada tahun ke-2. Untuk menggunakan teknik ini, anda memerlukan modal untuk membayar ansuran ASB Financing untuk tahun pertama.

Sebagai contoh, Aidil adalah seorang individu bergaji RM 5000. Beliau layak untuk membuat ASB Financing sebanyak RM 200,000. Kadar keuntungan bank sebanyak 5.3 % setahun untuk tempoh 30 tahun. Ansuran bulanan yang perlu dibayar adalah sebanyak RM 1,110.61 (rujuk gambar di bawah).

Jumlah ansuran bulanan yang perlu dibayar oleh beliau untuk setahun adalah sebanyak RM 13,327.32. Untuk tahun pertama, Aidil membayar ansuran ASB Financing menggunakan wang beliau sendiri. Pada hujung tahun, dividen ASB dianggarkan 7% setahun dan Aidil mendapat dividen sebanyak RM 14,000. Pelaburan terkumpul pada tahun kedua adalah sebanyak RM 214,000. Dividen tahun pertama dikeluarkan dan digunakan untuk membayar ansuran ASB Financing pada tahun kedua. Baki pelaburan pada tahun kedua adalah sebanyak RM 200,673. Berikut adalah pengiraan lengkap tentang pelaburan Encik Aidil;

Pada tahun ke-5, pelaburan ASBF terkumpul Encik Aidil adalah sebanyak RM 219,094 dan baki hutang ASBF beliau adalah sebanyak RM 184,425. Sekiranya beliau surrender sijil ASB beliau, beliau untung sebanyak RM 219,094 – RM 184,425 = RM 34,669.

Kesimpulannya, dengan teknik ini, anda hanya perlu membayar ansuran pada tahun pertama dan biarkan wang anda berkembang untuk tahun-tahun seterusnya tanpa perlu membayar ansuran. Ada beberapa teknik lagi yang akan dikupas dalam artikel seterusnya. Tak sabar nak tahu? Tunggu artikel seterusnya…

Mengenai Penulis

Aidilfitri adalah ejen hartanah berdaftar di CBD Properties Sdn Bhd. Beliau aktif dalam urusan jual / beli / sewa hartanah di Kuala Lumpur. Sekiranya tuan / puan ingin membeli /menyewa atau menjual hartanah, tuan / puan boleh menghubungi beliau melalui telefon atau Whatsapp di 011 1234 2044.

Cari Artikel / Search Article

Nak Semak Kelayakan Loan Rumah Anda? Klik Gambar Ni Sekarang!

Nak Semak Market Value Rumah Anda? Klik Gambar Ni Sekarang!