Apakah itu Teknik Snowball? Berkesankah Bayar Hutang Dengan Teknik Snowball?
Teknik snowball adalah satu kaedah untuk selesaikan hutang bermula dari jumlah hutang paling sedikit sehingga jumlah hutang paling besar. Strategi ini berkesan kepada anda sekiranya anda mempunyai disiplin yang tinggi dan ingin bayar kesemua hutang dalam masa singkat.
Untuk membayar hutang anda dengan teknik snowball, berikut adalah langkah yang perlu diambil;
- Senaraikan jumlah hutang dan susun hutang dari jumlah paling kecil sehingga jumlah paling besar.
- Tentukan berapa jumlah maksimum yang anda sanggup keluarkan dari gaji anda untuk membayar kesemua hutang-hutang anda.
- Buat kiraan berapa jumlah duit yang boleh anda tambah bersama-sama dengan ansuran bulanan untuk hutang dengan nilai paling kecil.
- Apabila anda sudah bayar kesemua hutang paling kecil, tambahkan jumlah bayaran hutang paling kecil tadi bersama-sama dengan bayaran minimum untuk hutang kedua.
- Bayar hutang kedua sehingga habis.
- Ulangi langkah ini sehingga anda berjaya selesaikan semua hutang.
Panduan & Contoh Penyelesaian Hutang Menggunakan Teknik Snowball:
Sebagai contoh, Aidil mempunyai 3 jenis hutang jahat yang ingin diselesaikan dalam masa cepat. Berikut adalah hutang-hutang encik Aidil (disusun dari jumlah kecil sehingga jumlah paling besar);
Kad kredit Visa – baki RM 1000 – minimum RM 50 sebulan
Pinjaman peribadi – baki RM 10,000 – minimum RM300 sebulan
Hutang kereta – RM 15,000 – minimum RM 600 sebulan
Aidil ada duit lebih sebanyak RM 500 sebulan untuk membayar balik hutang sedia ada.
Langkah 1: Bayar & Selesaikan Hutang Kad Kredit
Bayar Hutang Seperti Biasa. Namun Untuk Hutang dengan Ansuran Paling Kecil (Kad Kredit), Buat Lebihan Bayaran Menggunakan Wang Lebihan Yang Ada (RM 500).
Jumlah Bayaran Ansuran Kad Kredit Pada Waktu Ini Adalah Sebanyak RM 550 sebulan.
Kad kredit – baki RM 1000 – minimum RM 50 sebulan + RM 500 Duit tambahan
Pinjaman peribadi – baki RM 10,000 – minimum RM300 sebulan
Hutang kereta – RM 15,000 – minimum RM 600 sebulan
Dalam Masa 3 Bulan, Hutang Kad Kredit Telah Selesai Dibayar. Baki Hutang Yang Baru Adalah;
Pinjaman peribadi – baki RM 9,400 – minimum RM300 sebulan
Hutang kereta – RM 13,800 – minimum RM 600 sebulan
Langkah 2: Bayar & Selesaikan Hutang Pinjaman Peribadi
Bayar Hutang Seperti Biasa. Namun Untuk Hutang dengan Ansuran Paling Kecil (Pinjaman Peribadi), Aidil Gunakan Jumlah Duit Yang Digunakan Untuk Membayar Hutang Kad Kredit (RM 550) Dicampur Dengan Bayaran Minimum Pinjaman Peribadi (RM 300) Untuk Membayar Baki Hutang Pinjaman Peribadi.
Jumlah Bayaran Ansuran Pinjaman Peribadi Pada Waktu Ini Adalah Sebanyak RM 850 sebulan.
Pinjaman peribadi – baki RM 9,400 – minimum RM300 sebulan + RM 550 duit tambahan.
Hutang kereta – RM 13,800 – minimum RM 600 sebulan
Langkah Terakhir: Selesaikan Hutang Kereta
Dalam Masa 11 Bulan, Hutang Pinjaman Peribadi Akan Selesai Dan Tinggal Hutang Kereta Berbaki RM 7200.
Pada Masa Ini, Aidil Akan Menggunakan Jumlah Duit Yang Digunakan Untuk Bayar Hutang Pinjaman Peribadi Sebanyak RM 850 sebulan Dicampur Dengan Bayaran Minimum Kereta Sebanyak RM 600 Sebulan Untuk Membayar Ansuran Hutang Kereta.
Jumlah Bayaran Ansuran Pinjaman Peribadi Pada Waktu Ini Adalah Sebanyak RM 1450 sebulan.
Hutang kereta – RM 7,200 – minimum RM 600 sebulan + RM 850
Hutang selesai selepas 5 bulan.
Secara Kesimpulannya, Aidil Telah Menyelesaikan Semua Hutang Dalam Masa 18 Bulan Dan Beliau Boleh Menyusun Semula Strategi Kewangan Beliau. Menarik Bukan Teknik Snowball?