Strategi Dapatkan Cashback Dalam Pelaburan Hartanah

Kandungan

Cashback Dalam Hartanah

Cashback adalah suatu terma yang biasa digunakan oleh pembeli hartanah yang mendapat lebihan wang selepas membeli hartanah. Macam mana nak dapatkan cashback bila beli hartanah?

Strategi Dapatkan Cashback Dalam Pelaburan Hartanah 1: Pemilihan Hartanah, Semak Market Value dan Harga Jualan Semasa Hartanah Tersebut.

Pilih hartanah yang anda nak beli dan selepas anda dah kenal pasti hartanah yang nak dibeli, buat semakan market value dan semakan harga jualan semasa hartanah tersebut. Anda disarankan menggunakan khidmat ejen hartanah berdaftar untuk membuat semakan market value dan semakan harga jualan hartanah semasa.

Strategi Dapatkan Cashback Dalam Pelaburan Hartanah 2: Kira Kos Terlibat Apabila Membeli Hartanah Tersebut.

Kirakan kos yang terlibat apabila membeli hartanah tersebut. Kebiasaannya kos yang terlibat adalah;

  • Yuran Agensi Hartanah (3.18% dari harga jualan)
  • Baki Deposit Dibayar Kepada Pemilik Rumah (6.82% dari harga jualan)
  • Yuran Guaman Perjanjian Jual Beli (S&P)
  • Setem Duti Perjanjian Jual Beli (S&P)
  • Yuran Guaman Perjanjian Pinjaman Pembiayaan (Loan Agreement)
  • Setem Duti Perjanjian Pinjaman Pembiayaan (Loan Agreement)
  • Yuran Penilaian Hartanah (Valuation)
  • Kos Insurans Hartanah (MRTA / MLTA atau MRTT / MLTT)

Kemudian, jumlahkan semua kos di atas untuk tahu kos terlibat semasa membeli hartanah tersebut. Secara amnya, jumlah kos di atas adalah sebanyak 15% dari harga market value.

Strategi Dapatkan Cashback Dalam Pelaburan Hartanah 3: Kira Cashback Yang Bakal Anda Dapat

Untuk kira cashback anda, langkah pertama ialah kirakan jumlah pinjaman pembiayaan hartanah yang bakal anda dapat.

Sebagai contoh, hartanah ini adalah hartanah pertama anda dan anda dapat margin pembiayaan sebanyak 90%. Market value pula adalah sebanyak RM 300,000. Darabkan Jumlah market value dengan margin pembiayaan anda.  Jumlah pembiayaan yang bakal anda dapat ialah;

90% x RM 300,000 = RM 270,000

Kemudian, tolak Jumlah pembiayaan dengan harga jual hartanah dan juga kos-kos terlibat apabila membeli hartanah tersebut.

Harga Jual Hartanah: RM 200,000

Kos-Kos Terlibat Apabila Membeli Hartanah (15% dari Market Value): RM 200,00 x 15% = RM 30,000

Anggaran Cashback Bersih Anda: RM 270,000 – (RM 200,000 + RM 30,000) = RM 40,000

Strategi Dapatkan Cashback Dalam Pelaburan Hartanah 4: Lantik Agen Hartanah Dan Maklumkan Kepada Agen Tersebut Anda Nak Markup Harga Pinjaman Pembiayaan Hartanah Tersebut Pada Paras Market Value.

Setelah anda tahu kenal pasti hartanah yang anda inginkan, maklumkan kepada agen niat anda dan biarkan agen hartanah tersebut selesaikan yang selebihnya.

Keburukan Cashback

Keburukan cashback ialah akan berlaku peningkatan pada bayaran ansuran bulanan anda kerana anda membuat pembiayaan hartanah tersebut pada harga yang tinggi. Ukur kemampuan diri anda dan kenal pasti sama ada anda mampu membayar ansuran tersebut atau tidak. Sejujurnya, cashback yang anda dapat itu bukanlah percuma, sebaliknya ia adalah pembiayaan bank kepada anda dan anda perlu membayar cashback tersebut dengan kadar faedah 4%-5%  setahun untuk tempoh 30 tahun!

Bonus: Kalkulator Cashback!

Team Hartanah Viral telah sediakan calculator cashback khas untuk anda secara percuma. Masukkan semua butiran yang diperlukan dan cashback anda akan dikira secara automatik.

RM:

RM:

RM:

RM:

RM:

Share This Post On

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

WhatsApp chat