Selamat Datang ke Diari Hartanah

Assalamualaikum pembaca sekalian. Nama saya Aidilfitri Bin Awaludin, berumur 25 tahun (tahun 2019) dan merupakan seorang perunding hartanah berdaftar. Dalam ruangan ini, saya akan menceritakan kisah dan asam garam perjalanan karier saya sebagai perunding hartanah berdaftar.

 

Serba Sedikit Mengenai Saya

Saya merupakan seorang perunding hartanah berdaftar di agensi IReal Property Sdn Bhd. Kod berdaftar saya ialah REN 27158.  Saya fokus dalam membantu pemilik hartanah mencari pembeli yang ideal dan juga mencari hartanah yang sesuai dengan kriteria pembeli saya. Saya fokus di kawasan Kuala Lumpur terutama sekali Cheras, Pandan Indah, Ampang dan juga kawasan sekitar.

 

Falsafah Saya

Klien saya adalah merupakan aset paling penting dalam karier saya kerana mereka meletakkan kepercayaan mereka pada saya untuk mencari pembeli atau mencari hartanah yang sesuai untuk mereka. Oleh itu, saya akan pastikan saya dapat membantu klien saya mencapai ‘target’ mereka. Selain dari itu, saya juga mempunyai beberapa senjata ampuh yang telah banyak membantu karier saya sekaligus memberikan kepuasan pada klien saya.

 

Akhir Kalam

Terima kasih kepada anda semua yang sudi membaca artikel di hartanahviral.com. Saya akan pastikan saya sentiasa mengisi laman web hartanahviral.com dengan artikel-artikel berkualiti dan penuh dengan pengisian ilmu. Assalamualaikum dan terima kasih sekali lagi saya ucapkan.

Share This Post On

3 Comments

  1. Salam Tuan,

    Saya bercadang membeli rumah pertama. Ada ke cara membeli rumah tanpa mengeluarkan modal dan dapat cash back?

    Post a Reply
  2. Salam Tuan,

    Saya bercadang membeli rumah pertama. Ada ke cara membeli rumah tanpa mengeluarkan modal dan dapat cash back?

    Post a Reply
    • Wasalam Tuan,

      Ada caranya namun tuan perlu ada sedikit wang di tangan sementara menunggu cashback tu masuk ke dalam akaun tuan.

      Post a Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

WhatsApp Ada Soalan? Klik Sini untuk Whatsapp Kami