Panduan Menggunakan Kalkulator Refinance

Kalkulator refinance ini direka khas untuk anda mengira berapa lebihan tunai yang akan anda peroleh setelah membuat refinance ke atas hartanah anda. Untuk menggunakan kalkulator ini, rujuk panduan di bawah;

Panduan Kalkulator Refinance 1: Pembiayaan Lama

Dalam bahagian ini, masukkan baki hutang hartanah anda dengan bank dan juga berapa ansuran (installment) bulanan yang perlu anda bayar untuk hartanah anda sekarang.

Panduan Kalkulator Refinance 2: Pembiayaan Baru

Dalam bahagian ini pula, masukkan harga hartanah anda sekarang mengikut harga pasaran (market value), margin of financing yang diluluskan sama ada 90% atau 70% (bergantung pada bank) untuk pembiayaan baru, kadar faedah yang dikenakan untuk pembiayaan baru dan juga tempoh pembiayaan baru dalam kadar tahun.

Panduan Kalkulator Refinance 3: Cashback & Ansuran Baru

Dalam bahagian ini, anda akan mendapat jawapan berapa lebihan wang (cashback) yang akan anda peroleh setelah membuat refinance, ansuran (installment) baru yang perlu dibayar untuk pembiayaan baru dan juga berapa jumlah wang yang perlu anda tambah untuk ansuran baru setelah ditolak dari ansuran bulanan pembiayaan lama anda.

Share This Post On

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

WhatsApp Ada Soalan? Klik Sini untuk Whatsapp Kami