Panduan Menggunakan Kalkulator DSR

Sebelum anda mula menggunakan Kalkulator DSR yang disediakan oleh HartanahViral.com, rujuk panduan ini supaya anda lebih memahami cara penggunaan kalkulator tersebut. Dalam artikel ini, saya akan terangkan secara mendalam mengenai setiap bahagian yang terdapat pada Kalkulator DSR.

Maklumat Diri Anda (Your Personal Details)

Dalam bahagian ini, masukkan butiran anda seperti nama, nombor telefon, dan alamat email anda.

Gaji Bersih (Selepas Ditolak KWSP & PERKESO)

Pada bahagian ini, masukkan jumlah gaji bersih anda, iaitu gaji kasar anda setelah ditolak caruman KWSP & PERKESO (EPF & SOCSO).

Jumlah Bayaran Ansuran Kereta / Total Vehicle Monthly Installment

Pada bahagian ini, masukkan jumlah bayaran ansuran bulanan kereta atau motosikal anda. Sekiranya anda mempunyai lebih dari 1 kenderaan, campurkan kesemua jumlah dan masukkan dalam ruangan ini. Sekiranya tiada, masukkan nilai ‘0’.

Jumlah Bayaran Ansuran Rumah / Total House Monthly Installment

Pada bahagian ini, masukkan jumlah bayaran ansuran hartanah anda. Sekiranya anda mempunyai lebih dari 1 hartanah sama ada rumah atau lot kedai, campurkan kesemua jumlah dan masukkan dalam ruangan ini. Sekiranya tiada, masukkan nilai ‘0’.

Jumlah Bayaran Ansuran Pinjaman Peribadi / Total Personal Loan Monthly Installment

Pada bahagian ini, masukkan jumlah bayaran ansuran pinjaman peribadi anda. Sekiranya anda tidak mempunyai sebarang pinjaman peribadi, masukkan nilai ‘o’.

Jumlah Bayaran Ansuran Kad Kredit / Total Credit Card Monthly Installment

Pada bahagian ini, masukkan jumlah bayaran ansuran kad kredit anda. Sekiranya anda tidak mempunyai sebarang kad kredit, masukkan nilai ‘0’.

Jumlah Bayaran Ansuran PTPTN / Total PTPTN Monthly Installment

Pada bahagian ini, masukkan jumlah bayaran ansuran pinjaman PTPTN anda. Sekiranya anda tidak mempunyai sebarang pinjaman PTPTN, masukkan nilai ‘0’.

Jumlah Bayaran Ansuran Lain Dari Bank (ASB Loan & Lain-Lain) / Total Other Bank Loan Monthly Installment (ASB Loan & Etc)

Pada bahagian ini, masukkan jumlah bayaran ansuran selain dari pinjaman di atas yang di buat di bank Malaysia. Sebagai contoh ialah ASB Financing. Sekiranya anda tiada sebarang pinjaman lain-lain, masukkan nilai ‘0’.

Setelah anda masukkan semua butiran anda, tekan butang Hantar / Send dan semak Email anda. Anda akan dapat jumlah DSR anda dan juga anggaran harga rumah yang layak anda beli.

 

Share This Post On

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

WhatsApp chat