Panduan Memilih Hartanah Homestay

Kandungan

 

Pengenalan

Setelah anda kenal pasti kawasan yang akan menjadi tapak rumah homestay anda, sekarang anda perlu memilih hartanah yang sesuai untuk dijadikan homestay. Hartanah yang bakal anda pilih mestilah mempunyai kriteria di bawah;

 

Status Komersial

Hartanah berstatus komersial memang dibina untuk dijadikan premis perniagaan atau apa-apa berkaitan perniagaan dan bisnes. Kriteria ini amat penting kerana homestay adalah satu bentuk perniagaan.

 

Lif, Lobi, Koridor & Tempat Menunggu Yang Cantik

Kriteria ini juga penting kerana kebiasannya apabila tetamu sampai di  hartanah homestay anda, mereka akan menunggu di sini sementara menunggu daftar masuk ke homestay yang telah ditempah. Kemasan ini juga akan memberikan ‘first impression’ yang terbaik kepada tetamu anda.

 

Kawalan Sekuriti Yang Ketat

Kriteria ini amat penting kerana sebelum tetamu berjumpa anda atau staf anda, mereka akan berjumpa dengan pengawal keselamatan untuk mendapatkan panduan yang betul ke homestay yang telah mereka tempah. Selain itu, barang-barang peribadi juga akan selamat dari sebarang kecurian apabila ada kawalan keselamatan.

 

Binaan Hartanah Yang Moden

Hartanah yang dipilih perlu mempunyai konsep binaan yang moden kerana mengikut pengalaman saya sendiri tetamu memang suka unit moden yang telah diubahsuai sama ada konsep minimalis atau konsep industrial. Selain itu, pastikan hartanah yang disewa datang dengan parking kerana tetamu anda memerlukan parking tersebut pada masa akan datang.

 

Nak Tahu Apakah Langkah Seterusnya Apabila Sudah Jumpa Hartanah Homestay Anda ?

Dalam artikel seterusnya saya akan mengupas tentang langkah-langkah yang perlu diambil setelah anda menemui hartanah yang sesuai untuk dijadikan homestay. Bermula dari menyewa hartanah yang akan dijadikan homestay sehingga kepada persiapan pengurusan sistem homestay anda. Pastikan anda tidak terlepas artikel akan datang. Nantikan!

Share This Post On

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

WhatsApp Ada Soalan? Klik Sini untuk Whatsapp Kami