KUMPUL RM 36,000 DALAM 4 TAHUN DENGAN PELABURAN ASBF? GAJI RM 2000 PUN LAYAK!

Anda nak tahu macam mana caranya untuk kumpul RM 36,000 dalam masa 4 tahun dengan Pelaburan ASBF? Walaupun gaji anda cuma antaran RM 2000 sebulan. Ikut langkah-langkah di bawah;

Buat simpanan kecemasan dan jumlah simpanan tersebut perlu antara 3 – 6 bulan gaji anda. Buat simpanan antara 10% – 30% dari gaji anda. Asingkan siap-siap simpanan ini dari gaji anda. Contoh;

Gaji RM 2000 x 3 bulan = RM 6000

15% dari gaji (RM 2000) = RM 300 sebulan

RM 6000/RM 300 = 1 tahun 6 Bulan (tempoh yang anda perlukan untuk membuat simpanan kecemasan 3 bulan gaji anda)

 

Selesai langkah di atas, mulakan dengan pelaburan pertama ASBF @ ASB Financing @ ASB Loan. Mulakan dengan pelaburan ASBF sebanyak RM 50,000. Ansuran bulanan adalah sebanyak RM 275. Dividen dianggarkan 7% setahun.

Pada tahun berikutnya, naikkan jumlah simpanan & pelaburan kepada RM 400. Buka akaun simpanan Tabung Haji (anggaran dividen 6.25% setahun) dan masukkan simpanan anda ke dalam akaun tersebut.

Pelaburan ASBF: RM 275

Simpanan Tabung Haji: RM 225

Jumlah: RM 400

 

Pada tahun berikutnya, mohon sijil ASBF RM 50,000. Jumlah pelaburan ASBF anda pada tahun ini adalah sebanyak RM 100,000. Gunakan dividen dari ASBF sijil pertama untuk membayar ansuran sijil kedua. Ansuran bulanan kesemua ASBF anda kekal pada RM 275 sebulan. Secara kesimpulannya;

Sijil 1: ASBF RM 50,000 teknik compounding

Sijil 2: ASBF RM 50,000 teknik rolling

 

Selepas 4 tahun hasilnya :

Sijil 1 :

Baki prinsipal : RM2,365

Dividen terkumpul : RM10,823

Jumlah : RM13,188

 

Sijil 2 :

Baki prinsipal : RM1713

Dividen terakhir : RM3375

Jumlah : RM5,085

 

Hasil simpanan di TH : RM12,131

Simpanan kecemasan : RM6,000

Jumlah keseluruhan : RM13,188 + RM5,085 + RM12,131 + RM6000 = RM36,404

 

Share This Post On

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

WhatsApp chat