Fakta Tentang Refinance Hartanah Yang Wajib Anda Tahu!

Kandungan

Fakta Tentang Refinance Hartanah 1: Apakah Itu Refinancing

Refinancing adalah satu kaedah di mana anda meminjam wang sekali lagi untuk membayar hutang lama dengan terma dan syarat perjanjian yang baru. Jumlah pinjaman wang yang baru adalah lebih tinggi berbanding baki hutang yang lama dan oleh itu, anda mendapat sedikit pulangan tunai dari kaedah ini.

Fakta Tentang Refinance Hartanah  2: Macam Mana Refinancing Boleh Terjadi Dalam Dunia Hartanah?

Refinance terjadi apabila terjadi peningkatan harga pasaran hartanah (market value). Sebagai contoh, anda membeli sebuah hartanah berharga RM 200,000 dengan kadar faedah sebanyak 4.5% setahun untuk tempoh 30 tahun pada bulan January tahun 2010.

Pada bulan January tahun 2017, harga pasaran hartanah (market value) anda telah naik sehingga RM 350,000. Pada waktu ini, baki hutang hartanah anda adalah sebanyak RM 156,323. (rujuk gambar di bawah).

Pada waktu ini, sekiranya anda menjual hartanah anda, anda akan keuntungan sebanyak RM 350,000 – RM 156,323 = RM 193,677 dan anda akan kehilangan hartanah anda.

Ini amat sukar sekiranya anda sendiri yang tinggal di hartanah tersebut. Namun, sekiranya anda membuat refinancing, anda dapat pulangan wang dan masih mempunyai pemilikan atas hartanah tersebut. Keuntungan yang bakal anda peroleh adalah sebanyak;

Baki hutang hartanah: RM 156,323

Pinjaman hartanah terbaru: RM 350,000

Margin of Financing: 90%

Jumlah bayaran pinjaman: RM 350,000 x 90% = RM 315,000

Pulangan wang: RM 315,000 – RM 156,323 = RM 158,677

Fakta Tentang Refinance Hartanah 3: Kenapa Kena Buat Refinancing?

Kurangkan kadar faedah ke atas pinjaman hartanah sedia ada

Kadar faedah dapat dikurangkan sekiranya anda beralih dari pinjaman dengan kadar faedah tetap kepada kadar faedah tidak tetap. Selain itu, kadar faedah juga boleh dikurangkan sekiranya pihak bank menawarkan promosi pinjaman dengan kadar faedah yang lebih rendah berbanding kadar faedah pinajaman anda sekarang.

Sebagai contoh, katakan anda membuat pinjaman hartanah sebanyak RM 250,000 dengan kadar tetap 8% setahun untuk tempoh 30 tahun. Ansuran bulanan yang perlu di bayar adalah sebanyak RM 1651 (rujuk gambar di bawah).

Sekiranya anda refinance pinjaman hartanah anda kepada kadar faedah tidak tetap sebanyak 4.5% setahun, ansuran bulanan yang perlu dibayar setiap bulan adalah sebanyak RM 1140 (rujuk gambar di bawah).

Secara kesimpulan, anda telah jimat sebanyak RM 1651 – RM 1140 = RM 511 sebulan apabila membuat refinancing pinjaman hartanah anda.

Fakta Tentang Refinance Hartanah 4: Memanjang Atau Memendekkan Tempoh Pinjaman Anda.

Sekiranya anda mempunyai masalah kewangan setiap bulan, membuat refinancing untuk memanjangkan tempoh pinjaman anda adalah jalan yang terbaik kerana ansuran bulanan anda menjadi lebih kecil dan anda mempunyai lebihan wang pada hujubg bulan.

Namun, sekiranya anda seseorang yang mempunyai kewangan yang stabil dan ingin melangsaikan hutang pinjaman hartanah anda dengan lebih cepat, anda boleh memendekkan tempoh pinjaman anda. Kekurangan apabila anda memendekkan tempoh pinjaman anda ialah ansuran bulanan anda akan bertambah namun anda membayar jumlah faedah yang kurang kepada bank.

Fakta Tentang Refinance Hartanah 5: Satukan Kesemua Hutang Yang Ada

Sekiranya anda terbeban dengan komitmen kewangan yang tinggi disebabkan oleh ansuran hutang sedia ada seperti ansuran pinjaman peribadi, ansuran kereta, ansuran kad kredit, satukan semua hutang dalam hutang pinjaman hartanah adalah jalan terbaik untuk anda. Hal ini kerana pinjaman hartanah adalah pinjaman yang mempunyai kadar faedah terendah dan tempoh pembayaran yang lama. Oleh itu, bayaran ansuran bulanan anda menjadi lebih rendah. Saya akan kupaskan mengenai kaedah ini dalam artikel akan datang.

Share This Post On

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

WhatsApp chat