Compare Listings

Fakta Tentang CKHT Yang Wajib Anda Tahu!

Fakta Tentang CKHT Yang Wajib Anda Tahu!

Kandungan

Fakta Tentang CKHT 1: Apa itu CKHT @ RPGT

CKHT atau nama panjangnya cukai keuntungan harta tanah adalah sejenis cukai yang dikenakan ke atas keuntungan jualan semua jenis hartanah seperti rumah kediaman, bangunan komersial, tanah, atau SAHAM dalam syarikat hartanah.

Cukai ini juga dipanggil RPGT (real property tax gain) dan kadar cukai ini adalah dari 0% hingga 30%.

Cukai ini dikira dari tarikh kita menandatangani perjanjian jual beli S&P atau tarikh memorandum pindah milik (MOT).

Cukai ini dikira selepas ditolak harga belian dan perbelanjaan lain yang terlibat seperti;

  1. Duti setem,
  2. Yuran guaman,
  3. Bayaran iklan,
  4. Kos ubahsuai rumah,
  5. Bayaran pentadbiran,
  6. Komisyen jualan, atau sebagainya.

Fakta Tentang CKHT 2: Kadar Cukai Mengikut Tahun Pelupusan Hartanah

  • Tahun 1: 30%
  • Tahun 2: 30%
  • Tahun 3: 30%
  • Tahun 4: 20%
  • Tahun 5: 15%

Fakta Tentang CKHT 3: Kepentingan CKHT Dalam Dunia Hartanah

Tujuan kerajaan mewujudkan cukai keuntungan harta tanah adalah untuk mengawal akitivi jualan hartanah dan mengelakkan property bubble.

Sekiranya cukai ini tidak diwujudkan, maka ramailah pelabur-pelabur hartanah yang menjual hartanah mereka kurang 5 tahun dari tarikh beli.

Sekiranya aktiviti ini tidak dibendung, harga pasaran hartanah akan naik secara mendadak dalam tempoh singkat dan akhirnya mengurangkan kuasa beli hartanah rakyat Malaysia.

Fakta Tentang CKHT 4: Formula kira CKHT

Harga Jual Hartanah pada 16 Mac 2017 = RM 400,000.

Kos terlibat semasa jual hartanah;

  • Kos Renovation (dengan resit) = RM 20,000.
  • Kos Guaman = RM 4,000.
  • Kos Perunding Hartanah (3.18%) = RM 9,000.
  • Jumlah: RM 33,000

Harga Pelupusan Hartanah: RM 400,000 – RM 33,000 = RM 367,000

_______________________________________________________________________

Harga Belian Pada Tahun 2013: RM 210,000

Kos terlibat semasa pembelian;

  • Bayaran Duti Setem = RM 3,200.
  • Kos Guaman = RM 2,100.
  • Jumlah: RM 5,300

Harga Pemerolehan Hartanah: RM 210,000 + RM 5,300 = RM 215,300

_______________________________________________________________________

Keuntungan Atas Jualan Hartanah = RM 367,000 – RM 215,300 = RM 151,700

Pelepasan cukai RM 5,000 atau 10% daripada keuntungan (yang mana lebih tinggi): RM 151,700 x 10% = RM 15,170

Keuntungan yang dikenakan cukai = RM 151,700 – RM 15,170 = RM 136,530

_______________________________________________________________________

Jumlah Cukai CKHT Yang Perlu Dibayar: RM 136,530 x 20% (pelupusan tahun ke-4) = RM 27,306

Keuntungan Bersih: RM 136,530 – RM 27,306 = RM 109,224

Fakta Tentang CKHT 5: Pengecualian CKHT

CKHT boleh dikecualikan terdapat tiga jenis pengecualian yang dibenarkan;

Pengecualian ke atas keuntungan daripada penjualan hartanah kediaman satu sekali dalam seumur hidup kepada individu

Pengecualian ke atas keuntungan daripada penjualan hartanah antara ahli-ahli keluarga

  • Suami dan isteri,
  • Ibu bapa,
  • Anak-anak,
  • Datuk dan nenek,
  • Cucu
  • 10% daripada keuntungan atau RM 10, 000 bagi setiap transaksi (yang mana lebih tinggi) tidak dikenakan cukai

Seperti biasa, cukai ini dikutip oleh Lembaga Hasil Dalam Negara dan menjadi salah satu sumber pendapatan negara.

img

aidilfitri awaludin

    Related posts

    Fakta Tentang Refinance Hartanah Yang Wajib Anda Tahu!

    Kandungan Apakah Itu Refinance Macam Mana Refinance Boleh Terjadi Dalam Dunia Hartanah?...

    Continue reading
    by aidilfitri awaludin

    Strategi Dapatkan Cashback Dalam Pelaburan Hartanah

    Kandungan Cashback Dalam Hartanah Strategi 1: Pemilihan Hartanah, Semak Market Value dan...

    Continue reading
    by aidilfitri awaludin

    Nak Tahu Kos-Kos Terlibat Untuk Beli Rumah? Baca Artikel Ini

    Kos-kos terlibat untuk beli rumah bukanlah sekadar membayar deposit 10% dan membayar kos guaman...

    Continue reading
    by aidilfitri awaludin

    Join The Discussion