Ciri-Ciri Penting Lokasi Hartanah Homestay / Rumah Tamu

Kandungan

 

Pengenalan

Sebelum membuat pilihan hartanah tentang untuk dijadikan sebagai homestay/rumah tamu, anda perlu memilih lokasi terdahulu sebelum membuat pemilihan hartanah. Untuk memilih lokasi yang akan dijadikan homestay/rumah tamu, anda perlu mengambil kira 3 kriteria di bawah;

 

Pusat Perniagaan Utama

Pusat perniagaan utama boleh dijumpai di tengah-tengah bandar yang mempunyai aktiviti ekonomi yang pesat. Hal ini kerana terdapat banyak pejabat-pejabat besar, premis bisnes, kemudahan seperti bank dan juga pejabat-pejabat utama bagi syarikat gergasi juga banyak dibina di sini.

Sebagai contoh, kawasan yang ada ciri-ciri yang telah saya sebutkan adalah di Damansara, Bukit Bintang, Jalan Ampang dan Bandar Petaling Jaya. Kenapa kriteria ini penting? Hal ini kerana pada bulan yang tiada perayaan atau cuti umum, kebiasaannya tetamu yang akan datang menginap di homestay/rumah tamu premium terdiri daripada golongan bekerja dan jangan terkejut kerana kebiasaannya mereka membuat tempahan untuk tempoh yang panjang.

 

Pusat Beli-Belah

Pusat beli-belah juga menjadi tarikan utama kepada golongan tempatan dan juga luar negara. Sebagai contoh di Damansara Perdana, terdapat sebuah pusat beli-belah terkenal iaitu IKEA dan IKEA juga bersambung dengan pusat beli-belah lain seperti The Curve dan E-Curve & Kidzania.

Kebiasaannya pada hujung minggu, ramai keluarga yang datang menginap di Homestay Empire Damansara kerana ingin membawa anak-anak mereka ke Kidzania dan juga ke IKEA.

 

Pusat Hiburan Keluarga

Pusat hiburan juga memberi impak kepada perniagaan homestay/rumah tamu. Di Kuala Lumpur dan Selangor terdapat beberapa pusat hiburan seperti Sunway Lagoon, Bangi Wonderland, I-City Shah Alam dan juga Berjaya Times Square theme park Kuala Lumpur.

 

Anda Nak Tahu Apakah Spesifikasi Bangunan Yang Sesuai Untuk Dijadikan Rumah Tamu?

Dalam artikel seterusnya saya akan mengupas tentang ciri-ciri hartanah sesuai untuk dijadikan homestay. Bermula dari parking sehinggalah ke kemasan dalam hartanah tersebut. Pastikan anda tidak terlepas artikel akan datang. Nantikan!

Share This Post On

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

WhatsApp Ada Soalan? Klik Sini untuk Whatsapp Kami