Berjaya Buka Minda Klien!

Pada 20 Januari 2019 pukul 5 petang, saya bersama partner saya di Hartanahviral.com, Shaiful Azmil bersama-sama hadir ke sesi ‘viewing’ client hartanah ‘subsale’ di Desa Budiman, Bandar Sg Long, Selangor. Hartanah yang dijual adalah rumah teres dua tingkat endlot dan mempunyai sedikit tanah tambahan di tepi rumah tersebut.

 

Kandungan

 

Gambar Rumah Teres 2 Tingkat Desa Budiman

 

Harga Menarik

Harga rumah teres dua tingkat ini ialah RM 650,000 dan harga masih boleh bincang untuk pembeli yang serius. Saiz binaan adalah 20 kaki x 60 kaki. Pada waktu ini, pemaju juga sedang giat menjual rumah undercon yang mempunyai jenis yang sama dengan listing saya. Harga untuk teres endlot bermula dari RM 720,000. Klien akan jimat hampir RM 70,000 sekiranya beliau membeli rumah ini.

Namun, klien mempunyai kekangan dari segi deposit kerana untuk membeli rumah subsale, beliau perlu menyediakan wang sekurang-kurangnya 15% dari harga rumah yang dijual. Jumlahnya lebih kurang RM 97,500. Klien juga maklum pada saya yang beliau dalam proses untuk booking rumah undercon yang dijual pemaju kerana depositnya jauh lebih rendah. Nak tau bagai mana saya selesaikan masalah ni? Teruskan membaca…..

 

Rumah Boleh Muat Sampai 8 Kereta? Wow!

Klien saya sebenarnya nak beli hartanah yang boleh muatkan banyak kereta. Memang sesuai sangat kalau dia beli rumah ni. Kenapa? Di tepi rumah ni, ada sebuah jalan mati dan tiada siapa menggunakan jalan tersebut. Secara automatik jalan ni akan digunakan oleh pemilik baru listing ni dan jalan mati ni boleh memuatkan 4 kereta tau! So secara total, klien boleh muatkan 2 kereta di dalam rumah, dua di depan rumah dan 4 di jalan mati. Total 8 kereta. Terbaik kan?

 

Klien Keliru Sama Ada Nak Beli Subsale Atau Undercon

Semasa saya bincang dengan klien tentang proses jual beli rumah, klien ada bagitau yang beliau mungkin nak jual 2 buah rumah beliau di Ampang untuk beli rumah yang saya tengah jual sekarang. Namun, setelah saya teliti betul-betul kedudukan kewangan klien, saya bagi satu jalan yang berjaya membuka mata dan minda klien.

Saya nasihat kepada klien, daripada beliau jual aset beliau, seeloknya beliau refinance 2 rumah yang beliau miliki sekarang dan gunakan cashback tersebut untuk dijadikan deposit rumah di Desa Budiman. Namun, jangan refinance sehingga maksimum, ditakuti kadar sewa x boleh bayar installment rumah. Setelah itu, sewakan rumah tersebut ikut harga pasaran. Apabila beliau buat langkah ni, beliau akan mendapat beberapa benefit antaranya;

  1. Beliau dapat kurangkan loan interest rate untuk 2 buah rumah di Ampang
  2. Dapat deposit yang cukup untuk beli rumah idaman beliau di Desa Budiman
  3. Hasil dari sewaan dua buah rumah boleh membayar installment rumah idaman.

Klien terkejut mendengar advise saya dan mengucapkan beribu terima kasih kerana saya telah berjaya membuka mata dan minda beliau.

 

Kesimpulan

Klien menunjukkan minat yang tinggi kerana rumah tersebut mempunyai ciri-ciri yang tepat dengan kriteria beliau. Namun beliau memerlukan sedikit masa untuk berbincang dengan pasangan beliau mengenai strategi yang telah saya syorkan pada beliau. Nak tau apa keputusan klien? Nantikan artikel akan datang….

Share This Post On

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

WhatsApp Ada Soalan? Klik Sini untuk Whatsapp Kami