Apakah itu Teknik Snowball?

Teknik snowball adalah satu kaedah penyelesaian hutang bermula dari jumlah hutang paling sedikit sehingga jumlah hutang paling besar. Strategi ini berkesan kepada anda sekiranya anda mempunyai disiplin yang tinggi dan ingin bayar kesemua hutang dalam masa singkat.

Untuk membayar hutang anda dengan teknik snowball, berikut adalah langkah yang perlu diambil;

  1. Senaraikan jumlah hutang dan susun hutang dari jumlah paling kecil sehingga jumlah paling besar.
  2. Tentukan berapa jumlah maksimum yang anda sanggup keluarkan dari gaji anda untuk membayar kesemua hutang-hutang anda.
  3. Buat kiraan berapa jumlah duit yang boleh anda tambah bersama-sama dengan ansuran bulanan untuk hutang dengan nilai paling kecil.
  4. Apabila anda sudah membayar kesemua hutang paling kecil, tambahkan jumlah bayaran hutang paling kecil tadi bersama-sama dengan bayaran minimum untuk hutang kedua.
  5. Bayar hutang kedua sehingga habis.
  6. Ulangi langkah ini sehingga anda berjaya selesaikan semua hutang.

Contoh penyelesaian hutang menggunakan teknik snowball:

Sebagai contoh, Aidil mempunyai 3 jenis hutang jahat yang ingin diselesaikan dalam masa cepat. Berikut adalah hutang-hutang encik Aidil (disusun dari jumlah kecil sehingga jumlah paling besar);

Kad kredit Visa – baki RM 1000 – minimum RM 50 sebulan

Pinjaman peribadi – baki RM 10,000 – minimum RM300 sebulan

Hutang kereta – RM 15,000 – minimum RM 600 sebulan

Aidil ada duit lebih sebanyak RM 500 sebulan untuk membayar balik hutang

Untuk 2 bulan pertama, berikut adalah bayaran yang perlu dibuat oleh Aidil;

Kad kredit – baki RM 1000 – minimum RM 50 sebulan + RM 500 duit tambahan

Pinjaman peribadi – baki RM 10,000 – minimum RM300 sebulan

Hutang kereta – RM 15,000 – minimum RM 600 sebulan

Pada bulan ketiga,  Aidil telah berjaya membayar sepenuhnya hutang kad kredit  dan baki hutang yang baru adalah;

Pinjaman peribadi – baki RM 9,400 – minimum RM300 sebulan

Hutang kereta – RM 13,800 – minimum RM 600 sebulan

Untuk bayaran pada bulan ketiga, kita gunakan jumlah duit yang digunakan untuk membayar hutang kad kredit sebanyak RM 550 dicampur dengan bayaran minimun pinjaman peribadi untuk membayar baki hutang pinjaman peribadi.

Pinjaman peribadi – baki RM 9,400 – minimum RM300 sebulan + RM 550 duit tambahan.

Hutang kereta – RM 13,800 – minimum RM 600 sebulan

Dalam masa 11 bulan, hutang pinjaman peribadi akan selesai dan tinggal hutang kereta berbaki RM 7200. Pada masa ini, anda akan menggunakan jumlah duit yang digunakan untuk membayar hutang pinjaman peribadi sebanyak RM 850 dicampur dengan bayaran minimum kereta sebanyak RM 600 sebulan untuk membayar ansuran hutang kereta anda.

Hutang kereta – RM 7,200 – minimum RM 600 sebulan + RM 850

Hutang selesai selepas 5 bulan.

Secara kesimpulannya, Aidil telah menyelesaikan semua hutang dalam masa 18 bulan dan beliau boleh menyusun semula strategi kewangan beliau. Menarik bukan teknik snowball?

 

 

Share This Post On

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

WhatsApp chat