CKHT / CKHT 1A atau nama panjangnya cukai keuntungan harta tanah adalah sejenis cukai yang dikenakan ke atas keuntungan jualan semua jenis hartanah seperti rumah kediaman, bangunan komersial, tanah, atau SAHAM dalam syarikat hartanah.
CKHT 1A pula adalah borang yang perlu diisi oleh pemilik hartanah apabila mereka ingin menjual hartanah mereka. Borang tersebut boleh dimuat turun di sini: BORANG CKHT 1A
Cukai ini juga dipanggil RPGT (real property tax gain) dan kadar cukai ini adalah dari 0% hingga 30%.
Cukai ini dikira dari tarikh kita menandatangani perjanjian jual beli S&P/SPA atau tarikh memorandum pindah milik (MOT).
CKHT dikira selepas ditolak harga belian dan perbelanjaan lain yang terlibat seperti;
Duti setem,
Yuran guaman,
Bayaran iklan,
Kos ubahsuai rumah,
Bayaran pentadbiran,
Komisyen jualan, atau sebagainya.
Kadar Cukai Mengikut Tahun Pelupusan Hartanah
Pertama: 30%
Kedua: 30%
Ketiga: 30%
Keempat: 20%
Kelima: 15%
Keenam & Seterusnya: 6%
Kepentingan CKHT / CKHT 1A Dalam Dunia Hartanah
Tujuan kerajaan mewujudkan cukai keuntungan harta tanah adalah untuk mengawal aktiviti jualan hartanah dan mengelakkan property bubble.
Sekiranya cukai ini tidak diwujudkan, maka ramailah pelabur-pelabur hartanah yang menjual hartanah mereka kurang 5 tahun dari tarikh beli.
Sekiranya aktiviti ini tidak dibendung, harga pasaran hartanah akan naik secara mendadak dalam tempoh singkat dan akhirnya mengurangkan kuasa beli hartanah rakyat Malaysia.
Formula kira CKHT / CKHT 1A
Harga Jual Hartanah pada 16 Mac 2017 = RM 400,000.