Apakah Itu Homestay Premium?

Kandungan

 

Pengenalan

Homestay premium adalah satu konsep penginapan seperti hotel dan objektif utamanya adalah untuk memberikan sebuah penginapan berkonsep mewah dengan harga yang lebih rendah dari hotel. Kebiasaannya homestay di buat di luar bandar, namun sekarang tidak lagi. Ramai pengusaha homestay telah beralih tempat dan membuka homestay di tengah bandar. Sebagai contoh, di Kuala Lumpur, banyak pengusaha homestay membuat homestay premium di kediaman mewah seperti apartment servis dan kondominium yang  mempunyai kemudahan bertaraf 5 bintang. Sebagai contoh, berikut adalah kediaman mewah yang kebiasaannya dijadikan homestay di tengah bandar Kuala Lumpur;

  1. Empire Damansara
  2. Regalia Residence
  3. Fraser Residence
  4. Lanson Place Bukit Ceylon
  5. Ascott Kuala Lumpur
  6. Dorsett Residences @ KLCC
  7. Platinum Suites @ KLCC
  8. Summer Suites @ KLCC

 

Kenapa Ramai Memilih Homestay Premium Berbanding Hotel?

Rata-rata ramai memilih homestay premium kerana harganya lebih murah berbanding hotel. Selain itu, saiz kediamannya lebih besar berbanding hotel. Bayangkan anda membayar sejumlah wang untuk sebuah bilik dengan 1 katil di hotel tetapi jika anda membayar jumlah yang sama di homestay mewah, anda mungkin akan dapat 1 apartment dua bilik lengkap dengan dapur  dan peralatan memasak.

 

Adakah anda berminat nak tahu macam mana nak mulakan bisnes homestay premium?

Dalam artikel seterusnya, saya akan kupaskan bagaimanakah langkah-langkah untuk memulakan homestay premium bermula dari pemilih hartanah sehinggalah siap sistem pengurusan homestay yang akan banyak memberi manfaat pada anda. Pastikan anda tidak terlepas artkel akan datang. Nantikan!

Share This Post On

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

WhatsApp Ada Soalan? Klik Sini untuk Whatsapp Kami