Compare Listings

APAKAH ITU ASB (AMANAH SAHAM BUMIPUTERA)?

Kandungan

Pengenalan Amanah Saham Bumiputera

Amanah Saham Bumiputera adalah sebuah dana amanah pelaburan khusus untuk kaum bumiputera Malaysia sahaja. ASB dilancarkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad pada 2 Januari 1990 dan tujuan dana ini ditubuhkan adalah untuk menyediakan satu platform simpanan dan pelaburan jangka panjang yang amat menguntungkan, konsisten dan memberikan pulangan yang terbaik pada para pelabur.

Dana ASB bersifat ekuiti tetap di mana harga seunit saham ASB dijual pada harga tetap iaitu RM 1.00. Selain itu, ASB tidak mengenakan sebarang caj ke atas jualan saham atau penebusan unit dan ini amat menguntungkan para pelabur.

Walaupun ASB merupakan instrument pelaburan terbaik untuk kaum bumiputera, ASB juga mempunyai kekurangan tersendiri iaitu ASB mempunyai had pelaburan sebanyak RM 200,000. Ini bermaksud pelaburan anda dihadkan kepada RM 200,000 namun jumlah pelaburan selepas perolehan dividen dibenarkan untuk melebihi RM 200,000.

amanah saham bumiputera

Modal & Cara Melabur Dalam ASB

Terdapat dua cara untuk melabur dalam ASB sama ada pelaburan menggunakan wang simpanan anda sendiri atau menggunakan pinjaman ASB aka ASB Financing. Untuk mereka yang baru nak berjinak dalam pelaburan ASB, kaedah yang digalakkan adalah pelaburan melalui pinjaman ASB atau ASB Financing. Terdapat 3 teknik loan ASB yang paling popular yang diperkenalkan oleh Tuan Khairul Ezuwan Yusof dalam ebooknya iaitu ASB Genius.

Pusat Beli Saham ASB

Saham ASB boleh dibeli di ejen bank yang terpilih atau di ejen bukan bank yang terpilih. Ejen bank yang terpilih adalah seperti Maybank, RHB, CIMB dan Affin Bank. Melalui ejen bank, para pelabur boleh manambah unit pelaburan mereka menggunakan perbankan atas talian. Selain ejen bank, terdapat juga ejen bukan bank iaitu Pos Malaysia.

amanah saham bumiputera

Hukum ASB

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 – 3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya.

Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

Setelah mendengar taklimat dan penjelasan serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar, hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.

Kesimpulan

Amanah Saham Bumiputera adalah pelaburan terbaik untuk kaum bumiputera yang ingin mencari sebuah instrument simpanan dan pelaburan jangka panjang dengan risiko paling rendah. Pelbagai teknik boleh digunakan untuk dapat pulang terbaik melalui Amanah Saham Bumiputera.

img

aidilfitri awaludin

    Related posts

    TEKNIK KUMPUL RM 30,000 DALAM MASA 3 TAHUN? KLIK SINI KALAU NAK TAU!

    Nak tak kalau saya ajarkan cara kumpul RM 30,000 dalam masa 3 tahun? Kalau nak tahu ikut langkah di...

    Continue reading
    by aidilfitri awaludin

    KUMPUL RM 36,000 DALAM 4 TAHUN DENGAN PELABURAN ASBF? GAJI RM 2000 PUN LAYAK!

    Anda nak tahu macam mana caranya untuk kumpul RM 36,000 dalam masa 4 tahun dengan Pelaburan ASBF?...

    Continue reading
    by aidilfitri awaludin

    Apakah itu Teknik Snowball?

    Teknik snowball adalah satu kaedah penyelesaian hutang bermula dari jumlah hutang paling sedikit...

    Continue reading
    by aidilfitri awaludin

    One thought on “APAKAH ITU ASB (AMANAH SAHAM BUMIPUTERA)?”

    • dijual rumah murah

      November 25, 2018 at 1:17 am

      This design is incredible! You definitely know how to keep a reader amused.
      Between your wit and your videos, I was almost moved to start my own blog
      (well, almost…HaHa!) Great job. I really loved what you had to say,
      and more than that, how you presented it.
      Too cool!

      Reply

    Join The Discussion